Announcement

Due to overwhelming response, Muzikal Tun Mahathir will be extended to 9th October 2010. Grab your tickets now to avoid disappointment at www.ticket2u.biz / Istana Budaya's Box Office or call 03-4026 5555 / 012-448 9499).

Interview Fragment with Tun Dr. Mahathir

Preview Fragment 2 Sept 2010 (Tun M & Tun Siti Hasmah's Love Scene)

A Tribute to Tun Dr Mahathir (Tun M Jr, Shafieq Shazwan interviewed by The Star Online TV)

Articles in Media

 

Zizan Nin Malu Dengan Erra Fazira? (4 Sept 2010)

Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2010: Biarpun Teater Muzikal Tun Mahathir merupakan teater pertama buat pelakon dan pengacara Zizan Nin, namun ternyata dia kini sudah jatuh cinta dengan kerjaya yang baru diceburinya itu.
Zizan yang ditemui selepas Majlis Pra Tonton Teater Tun Muzikal di Istana Budaya baru-baru ini telah melahirkan rasa puasnya apabila dapat turut menjayakan serta menyertai Muzikal Tun Mahathir yang ketika ini masih dalam proses latihan dan rehearsal.
"Saya rasa saya dah mula jatuh cinta dengan teater. Kalau dulu saya tak pernah terfikir untuk berlakon teater dan hanya mahu mengejar untuk menjadi pelakon filem namun kini tidak lagi.
"Berlakon drama dan teater ialah sesuatu bidang yang sangat berbeza. Berlakon teater kita akan mendapat semua latihan dengan percuma. Tak kira lah lontaran vocal dalam lakonan, nyanyian dan menari. Secara tidak langsung saya dapat mengasah bakat saya lagi untuk menjadi pelakon yang versatile,"jelasnya.
Selain pertama kali beraksi di pentas teater, ini juga pertama kali Zizan digandingkan dengan primadona melayu , Erra Fazira yang memegang watak isteri kepada Tun Mahathir iaitu Tun Siti Hasmah. Apa yang menghairankan Zizan memberitahu murai.com.my dia sebenarnya agak segan apaila diigandingkan dengan Erra.
"Tak tahu nak cakap macam mana, saya memang agak malu juga bila bersama dengan Erra dalam teater ini. Saya pun tidak pasti mengapa. Mungkin kerana ini pertama kali saya bergandingan dengannya, jadi masih mahu sesuaikan diri dengannya supaya lakonan itu nampak bersahaja.
"Dalam teater ini saya memegang watak Tun waktu remajanya iaitu ketika waktu berputiknya cinta Tun Mahathir dan Tun Hasmah. Waktu bercinta itulah saya dikehendaki bercinta dengan Erra" katanya sambil tersenyum.
Tentu bukan mudah untuk seseorang pelakon itu membawakan watak seorang pemimpin yang disegani dan dikenali seperti Tun Mahathir, bagi Zizan itu semua tanggungjawab besar buatnya yang harus dipikul.
"Terus-terang saya katakan, hanya merujuk dengan senaskah skrip yang diberi sahaja tidak cukup. Saya ada melakukan kajian mengenai peribadi serta sejauh mana perjuangan Tun untuk dihayati.
"Saya baca hampir kesemua buku mengenai diri Tun serta buku daripada tulisan Tun selain blognya iaitu blog che dat. Ianya sangat membantu, kerana saya akan membawa watak Tun zaman remajanya sahaja lebih elok dika saya dapat menjiwainya,"jelas Zizan.
Menurut Zizan lagi, sebagai seorang pelakon sepertinya bukan suatu perkara yang mudah untuknya melakukan tiga perkara dalam satu masa lebih-lebih lagi dia tidak pernah dan tidak biasa menari serta menyanyi sebelum ini.
"Saya harus akui disini, tarian adalah satu perkara yang sangat susah buat saya. Saya lebih rela berlakon dengan skrip yang tebal daripada menari. Tapi, alhamdulilah walaupun keras, saya berjaya melakukannya.
"Manakala dari segi nyanyian pula, walaupun susah tapi saya percaya ia tidak akan mendatangkan masalah yang besar .
" Saya telah membuat latihan sendiri dan sudah menjadi tabiat saya sekarang apabila masuk kereta sahaja saya akan dengar semua lagu-lagu teater dari track 5 hingga 9. Bahkan pada hari sebenar teater itu nanti saya akan menyanyikan kelima-lima lagu itu secara live," tambahnya lagi.
Teater Muzikal Tun Mahathir akan menemui penggemar-penggemar teater apabila ia dipentaskan mulai 24 September hingga 4 Oktober ini di Pangung Sari Istana Budaya, jam 8.30 malam.

 

Erra Bimbang Tidak Diterima Penonton (www.gua.com.my, 7 Sept 2010)

by Miss Ayu | 07 Sep 2010 | in Hiburan, TEMUBUAL,
Selepas hampir 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke pentas teater, Erra Fazira akhirnya kembali beraksi sebagai Tun Siti Hasmah dalam Teater Muzikal Tun Mahathir. Kali ini tanggungjawab yang digalas Erra dilhat lebih berat berbanding peranan di dalam ‘Selendang Umi’. Apa tidaknya, Erra melakonkan watak seorang tokoh yang bukan calang-calang orangnya iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Siti Hasmah.
Berbicara tentang lakonannya itu, Erra mengakui yang dia sebenarnya bimbang peminat tidak boleh menerima lakonannya sebagai Tun Siti Hasmah. Ini kerana ramai yang tidak tahu karektor sebenar Tun.

“Saya risau juga kalau peminat tidak boleh menerima lakonan saya. Sebabnya ramai yang tidak tahu karektor sebenar Tun. Memang benar beliau seorang wanita yang lemah-lembut dan penuh dengan sifat keibuan, tetapi ramai yang tidak tahu yang sewaktu zaman remajanya, beliau seorang yang lasak dan berperawatakan tomboi.

Sebab itulah, saya rasa watak ini agak berat. Selain perlu merealisasikan harapan pengarah dan peminat, saya juga akan beraksi di hadapan tokoh yang masih hidup. Sudah pasti saya mahu melakukan yang terbaik. Bagaimanapun, saya telah cuba lakukan yang terbaik. Selain buat rujukan sendiri, saya juga berkesempatan bertemu dengan Tun Siti Hasmah sendiri bagi mengenalinya dengan lebih dekat. Apa yang boleh saya katakan, apa yang saya pamerkan dalam lakonan itu, bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ia adalah hasil kajian dan pemerhatian saya,” ujar Erra yakin.

Dalam masa yang sama, primadona filem Melayu ini turut mengulas tentang keserasiannya dengan kedua-dua pelakon lelaki yang menggalas watak Tun Mahathir iaitu Zizan Nin dan Esma Daniel. Jelas Erra, dia senang berkerjasama dengan kedua-dua dramatis ini walaupun baru pertama kali digandingkan.

“Kalau Zizan kata dia malu dengan saya, mungkin kerana wujud perasaan masih baru dalam industri ini berbanding saya. Saya tidak punya masalah dengan dia. Mula-mula memanglah berasa kekok, tetapi apabila sudah banyak kali berlatih, kami berjaya mencari keserasian. Dengan Esma pula, saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada dia. Maklumlah, Esma bukannya orang baru, dia lebih berpengalaman daripada saya. Bagi saya, antara Zizan dan Esma, masing-masing ada kekuatan sendiri,” jelas Erra yang mengakui masih sukar membuang perasaan gementar di pentas.

Beraya di rumah sendiri

Menyentuh tentang sambutan Aidilfitri kali ini, Erra memberitahu yang tahun dia hanya beraya di Kuala Lumpur kerana tidak jadi pulang ke Terengganu.

“Kalau ikut giliran, tahun ini sepatutnya kami sekeluarga pulang ke kampung Emran di Terengganu. Tetapi rancangan bertukar di saat-saat akhir kerana keluarga Emran akan datang ke sini untuk beraya. Jadi, tahun ini saya akan menyambut raya di rumah sendirilah.

Tentang persiapan raya pula, saya tidak banyak buat untuk diri sendiri atau suami, tetapi lebih tertumpu kepada Aleesya. Setakat ini baju kurung dia sahaja sudah sembilan pasang. Itu tidak termasuk baju-baju kasual lagi. Seronok membeli untuk dia sebab baju kanak-kanak perempuan memang cantik-cantik,” cerita Erra teruja.

Bagi yang sudah tidak sabar mahu menyaksikan kehebatan Erra sebagai Tun Siti Hasmah, jangan lupa dapatkan tiket untuk menyaksikan pementasan ini bermula 24 September hingga 4 Oktober ini. Setakat ini. sebanyak 90 peratus tiket telah terjual. Tiket dijual dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150. Untuk tempahan, layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-4026 5558.


Zizan Jatuh Cinta Lagi! (www.gua.com.my, 7 Sept 2010)

by Miss Ayu | 07 Sep 2010 | in Hiburan, TEMUBUAL,

Bermula 24 September hingga 4 Oktober ini, Teater Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan di Istana Budaya. Karya arahan Rosminah Tahir ini menampilkan Zizan Nin sebagai Tun Mahathir di usia remajanya. Ini merupakan percubaan pertama Zizan di pentas teater dan sudah pastilah keupayaannya sebagai pelakon akan diperhatikan ramai, termasuk peminatnya sendiri.
 Bagi Zizan, dia sendiri teruja dengan penglibatannya dalam teater muzikal itu. Malah, tanpa segan silu dia mengakui mula jatuh cinta dengan cabang seni yang baru diceburinya. Jelas Zizan, banyak ilmu yang diperolehinya dengan menyertai pementasan ini.

“Setelah menjalani latihan hampir dua bulan, saya mula jatuh cinta dengan bidang ini. Pengalamannya cukup berbeza daripada berlakon drama atau filem. Banyak ilmu yang saya perolehi. Kalau dulu saya hanya perlu berlakon, tetapi kini saya perlu menyanyi dan menari sekali. Ia bukannya sesuatu yang mudah untuk saya lakukan. Tetapi dengan latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka yang professional, saya mampu melakukannya,” ujar Zizan yang ditemui selepas prebiu fragmen muzikal ini di Istana Budaya Khamis lalu.

Apa yang dikatakan oleh Zizan itu memang tidak boleh disangkal. Walaupun ini percubaan pertamanya tetapi dia nampak cukup selesa ketika menyanyi dan menari. Suaranya tidak sumbang dan langkah tarinya tidak pincang.

Menurut pelakon yang mula dikenali menerusi iklan Ponds ini, sebenarnya bukan mudah untuknya melakukan tiga perkara dalam satu sama. Lebih-lebih lagi dia memang tidak punya asas menyanyi dan menari.

“Paling susah hendak menari. Saya sukar mengingati setiap langkah. Jadi, untuk atasi masalah ini, saya berikan tumpuan sepenuhnya setiap kali latihan diadakan. Tentang menyanyi, saya tidak rasa susah sangat untuk lakukannya. Cuma, saya bijak mengawal pernafasan supaya suara tidak kedengaran sumbang.

Sekarang ini saya banyak buat latihan sendiri dan sudah menjadi kebiasaan setiap kali masuk kereta, saya akan mainkan semua lagu teater ini untuk saya hayati. Rasanya, cara ini boleh membantu saya menjiwai watak dan lagu-lagu yang bakal saya nyanyikan secara live nanti,” cerita Zizan bersemangat.

Melihat keserasian dan kemesraan yang dipamerkan oleh Zizan dan Erra ketika melakonkan watak Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah pasti ramai yang tidak sangka bahawa Zizan sebenarnya malu beraksi bersama Erra.

“Hrm....kalau hendak tahu, saya sebenarnya malu dengan Erra. Rasa segan semacam. Saya pun tidak tahu apa sebabnya. Mungkin kerana ini kali pertama kami bergandingan. Tetapi, setelah menjalani beberapa peringkat latihan, saya mula membiasakan diri. Mudah berkerjasama dengan Erra. Kami saling berbincang untuk mencari keserasian,” ujar Zizan.

Rasa bersalah dengan isteri

Selepas diijabkabulkan dengan penyampai berita NTV7, Fazilah Hani Harun pada 19 Mac lalu, ini merupakan tahun pertama Zizan menjalani ibadah puasa sebagai seorang suami.

Pasti pengalamannya tidak sama seperti zaman solonya dahulu. Menurut Zizan Ramadan kali ini memang berbeza. Kalau dulu dia tidak ada orang yang menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk, tetapi sekarang sudah lain.

“Tahun ini seronok sebab dapat berpuasa di samping isteri. Persiapan raya juga kena fikir untuk berdua. Tapi, saya rasa agak bersalah dengan isteri sebab bulan puasa ini saya banyak tinggalkan diri sendiri sebab sibuk dengan penggambaran dan sesi latihan teater ini. Raya nanti pun saya tidak boleh cuti lama-lama. Cuma empat hari sahaja. Selepas itu saya sibuk kembali dengan latihan Tun Mahathir ini. Mujurlah Hani seorang yang memahami. Kalau tidak susah juga,” ujar Zizan yang akan menyambut raya pertama di rumah mentuannya di Ampang.

Sementara itu, Zizan juga sempat memberitahu yang dia sedang merancang untuk berbulan madu kali kedua selepas pementasan Tun Mahathir tamat.

“Memandangkan saya sudah lama tidak dapat menghabiskan masa dengan isteri, jadi selepas pementasan ini berakhir, saya bercadang hendak bawa isteri pergi berbulan madu buat kali kedua. Sebelum ini kami sempat menunaikan umrah bersama. Kali ini mungkin saya akan bawa dia ke Maldives atau Bali. Kalau ikut Hani, dia teringin ke Maldives sebab dia belum pernah ke sana. Saya pula teringin ke Bali. Tengoklah macamana nanti,” cerita Zizan mengakhiri perbualan.

Teater Pertama Guna Teknologi Realiti Luasan (www.gua.com.my, 3 Sept 2010)

by sultanmuzaffar | 03 Sep 2010 | in Hiburan, BERITA HANGAT,
Friendly Rabbit Media Sdn. Bhd (FRM) sebagai penyedia teknologi realiti luasan (augmented reality technology) hari ini mengumumkan penggunaan teknologi realiti luaran itu dalam teater muzikal Tun Mahathir.

Teknologi itu pertama kali digunakan dalam sebuah teater muzikal tempatan yang bakal memberikan kepuasan kepada penonton untuk menikmati adegan-adegan yang dipancarkan ke skrin secara langsung mengikut pergerakan pelakon.
Dibangunkan oleh syarikat tempatan yang berpejabat di Cyberjaya, teknologi itu merupakan teknologi terkini yang digunakan bagi melatih dalam bidang kejuruteraan perkapalan, kejuruteraan automotif, kejuruteraan aeronautikal dan pendidikan.

Pertama Guna Teknologi Augmented Reality

Antara adegan yang bakal diserap teknologi tersebut adalah senario bagi menggambarkan serangan Tentera Jepun, sewaktu Tun Mahathir menulis suratnya kepada Tunku dan era pembangunan yang bakal menjelmakan bangunan berkembar KLCC, litar lumba F1 Sepang dan KLIA di atas pentas IB.

Amar Zulkifli selaku pengasas syarikat tersebut menyifatkan cabaran untuk menggunakan teknologi itu dalam sebuah pementasan teater amat besar kerana ia pertama kali digunakan di atas pentas secara langsung. 

Dengan kepakaran 16 kakitangannya yang kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan pengaturcaraan pementasan itu, Amar yakin teknologi yang diperkenalkan ini akan dapat diperluaskan ke produksi televisyen mahu pun filem. Setakat ini lebih 70 peratus kerja telah pun disiapkan.

Menurut Rosminah Tahir selaku pengarah teater ini, pelbagai teknologi sedia ada dibincangkan untuk diaplikasikan dalam teater itu. Namun oleh kerana kekangan kos menyebabkan teknologi itu dipilih. Selain itu teknologi “hologram” dan “moving-head video projector” turut disenaraikan.

Teknologi realiti luasan itu disifatkan paling efektif yang akan mengurangkan kos pembinaan set terutamanya yang melibatkan set-set besar dan latar skrin.

Diarahkan Rosminah Tahir dengan skrip oleh Ismail Kassan, teater itu dibintangi Esma Danial, Erra Fazira, Zizan Nin, Erma Fatima, Dato Jalaluddin Hassan, Misha Omar dengan lebih 130 pelakon yang bakal membawa penonton mengenang dan menyusuri sejarah hidup Perdana Menteri Malaysia ke empat itu.

Tun Mahathir The Musical bakal dipentaskan mulai 24 September hingga 4 Oktober depan di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Tiket menyaksikan pementasan itu berharga Rm30 hingga RM150 dan boleh dibeli secara online di www.ticket2u.biz atau pun terus ke kaunter tiket di Istana Budaya.

 

A tribute to Tun Dr Mahathir

 

By SHEELA CHANDRAN
sheelac@thestar.com.my

Tun Mahathir The Musical plays out the life and achievements of our former prime minister.
IT’S hard to picture acclaimed theatre director Rosminah Tahir being nervous about directing Tun Mahathir The Musical. She has, after all, directed over 10 theatre performances including Puteri Hang Li Po, Teater Nyonya, Muzikal Ibu Zain and A Modern Woman.
Throughout the thespian’s 27-year career, she has written scripts for various plays the likes of Teater Lantai T. Pinkie, Malam Haram, Nostalgia and Tanjong Joget.
A nervous time: The cast of the musical — (from left) Esma Daniel, Erra Fazira and Zizan Nin — hope to do a good job with their singing and dancing.
Perhaps Rosminah’s biggest worry is having to stage the musical in front of Tun Dr Mahathir Mohamad himself. There’s also the fear of whether the musical will meet the former prime minister’s expectations or not.
“Other musicals such as Puteri Gunung Ledang, Tunku The Musical and Hang Li Po pay tribute to individuals who are no longer around. This musical is about a living legend.
“Dr Mahathir has mentioned the importance of sticking to facts. It’s going to be a great challenge creating the musical as it honours the legendary statesman,” said Rosminah in an interview at Istana Budaya in Kuala Lumpur recently.
Challenging task
Tun Mahathir The Musical depicts Dr Mahathir in his boyhood, his days as a doctor who served the community, and the ups and downs he experienced as a politician.
The performance, which had been proposed three years ago by Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, is jointly produced by Istana Budaya, CRTA Production, the Information Communication and Culture Ministry and the Malaysian Women Writers Association (PPWM).
Ismail Kassan wrote the script while Dr Mahathir’s son, Datuk Mukhriz, who is Deputy International Trade and Industry Minister, set the play’s storyline. Dr Mahathir’s youngest son, Mazhar, a student at the National Arts Culture and Heritage Academy (Aswara), will feature in a supporting role.
Rosminah Tahir hopes that Tun Mahathir The Musical will meet the approval of the man himself.
The soft-spoken Rosminah, who serves as dean of Aswara’s Theatre Faculty, said her biggest challenge was selecting dilemmas and achievements faced by Dr Mahathir throughout his 22-year tenure as PM.
Another obstacle was piecing the material together through dialogue, song and dance.
“Throughout his life, Dr Mahathir has had great achievements and had been known to be the ‘father of modernisation’. We have narrowed down the musical to four parts: his childhood, university life with Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, the struggle for independence and his days as the country’s fourth prime minister.
“He led an active life so we faced difficulties compressing his entire life into the musical. So we opted to have photo images (courtesy of the National Archives and Dr Mahathir’s library) projected on screen to enable people to see the transitions throughout his political years.
“To minimise time, his college years and courtship days are delivered through song and dance,” said Muar-born Rosminah, adding that the cast members have been undergoing script workshops and vocal training to hone their skills.
To be staged from Sept 24 till Oct 4, the play features popular local artistes such as Esma Daniel as the adult Dr Mahathir, Zizan Nin and Mohd Shafeiq Shazwan (Dr Mahathir as a teenager and a child, respectively) and Erra Fazira (Tun Dr Siti Hasmah).
Also in the cast are Datuk Jalaluddin Hassan, Erma Fatima, Ako Mustapha, Zaibo, Misha Omar and Morgan Tay Poh Leng.
Rosminah hand-picked Esma and Zizan because of their talent and striking resemblance to Dr Mahathir.
“Erra has some similarities in terms of her personality with Dr Siti Hasmah as both are soft spoken and smart.
“So far, the actors have good chemistry and they have polished their vocal and dance skills,” said Rosminah, adding that the two-hour musical features over 20 songs including Teduhan Cinta (Erra and Zizan) and Insan Penakluk (Misha Omar).
Although Esma and Zizan are seasoned TV and film actors, they are new to musicals. Their main concern now is if they are able to project the statesman’s character well while having to concentrate on singing and dancing.
“Hopefully, through the musical, audiences will remember his deeds that put Malaysia on the map,” said the charming 41-year-old Esma who shot to fame after starring in movies Santau and Anak.
Zizan added: “Dr Mahathir is known as a calm and composed person. He rarely shows emotion, so it will be a feat portraying him in front of a live audience. There’s also the fear of forgetting the song and dance routines,” said the 37-year-old whose acting credentials include movies Cinta Terakhir and She’s Not Just That Into You and drama series Laila Majnun, Rafflesia and Spa Q.
Unknown aspects
To make it even more memorable, Rosminah will be highlighting aspects of the former PM’s life that remained unknown by many.
These include his experiences working as a trader during the Japanese Occupation in Pekan Rabu, Alor Setar, his college years at King Edward VII Medical College in Singapore, courting Dr Siti Hasmah and his involvement in voluntary work while serving as a doctor in Alor Setar. Also included are his interest in carpentry and writing.
“Audiences will get to see the other side of him. Besides being a shy and modest person, he is a loving father and husband who manages to juggle between managing a country and his family,” said Rosminah.
Award-winning novelist Ismail Kassan is the scriptwriter while the award-winning Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) is the musical’s music composer.
The musical is produced by Siti Rohayah Attan who produced and directed Assyura, Taman Baginda, Kereta Kencana, Teater Lantai T. Pinkie and Gamat The Musical.
In the costume aspect, audiences can expect a series of outfit changes ranging from traditional Malay outfits and bush jackets to suits, which Dr Mahathir is noted for.
> Tun Mahathir The Musical will be staged from Sept 24 till Oct 4 at Panggung Sari, Istana Budaya in Kuala Lumpur. Showtime is 8.30pm with matinée shows at 3pm on Sept 25, Oct 2 and Oct 3. Tickets priced between RM30 and RM150 are available at Istana Budaya. For details, call 03-4026 5558 or browse ticket2u.biz

 

Showbiz: A New Erra in Dr M Musical (20 July 2010)

DENNIS CHUA

 (From left) Misha, Diana, Erra, Shafeiq, Zizan and Esma
(From left) Misha, Diana, Erra, Shafeiq, Zizan and Esma 
The stars of Tun Mahathir The Musical are confident that it will be a blast, with leading lady Erra Fazira all excited to play the ex-premier’s wife, writes DENNIS CHUA PREPARATIONS for the first biographical musical of a living Malaysian prime minister are in full swing, as venue Istana Budaya and producer Siti Rohaya Attan have unveiled its star-studded cast. Tun Mahathir The Musical has popular television actors Zizan Nin and Esma Daniel playing the country’s Father of Modernisation and fourth prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad as a young man and world leader respectively. But there’s only one leading lady, and she’s former beauty queen turned actress Erra Fazira. Selangor-born Erra is delighted to be cast as Dr Mahathir’s wife Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali whose family hails from the state too. She describes it as her most challenging role to-date and one of her dream roles. Her close pals and family have hailed her casting as timely, and fans have deemed her worthy of playing another “Malaysian First Lady” — the late Tun Endon Mahmood, wife of fifth prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi. Erra says: “Not long after the producer picked me, we paid Dr Siti Hasmah a visit and she gave us a fantastic insight into her days as a student, doctor, wife and ‘First Lady’.” While she is “absolutely at ease” chatting with Dr Siti Hasmah, she feels “a little nervous” as she rehearses for the September musical. “I want to give my all because I’m playing a major icon of Malaysian women under whose leadership women progressed tremendously,” she says, adding that Dr Siti Hasmah best exemplifies the saying, “Behind every great man is a great woman”. To play the role, Erra says she has to look “considerably different from the Erra of her movies”. “Kak Rohaya wants me to ‘go deep’ into the role so the audience who enjoyed my films don’t see traces of my previous roles in it.” Erra’s most challenging movie was Hingga Ke Hujung Nyawa, where she was painstakingly made up to play an old woman who lived in regret for the sins of her youth. “While I don’t need a ‘facelift’, the challenge this time is to make my character dignified, convincing and loved by the audience. “Fauziah Latiff did just that when she played Tun Rahah Mohd Noah in Tun Razak The Musical last year,” she says. Erra admires her other “dream role” Endon for her passion in preserving the country’s culture, arts and heritage, most notably batik. “I miss Tun Endon, and it would be timely if her story makes it to the musicals.

Theatre, especially musical theatre, is the best way for young Malaysians to learn about the struggles of our leaders and their spouses.” Meanwhile, singer Misha Omar has added another theatrical feather in her cap by playing veteran journalist Datuk Rosnah Majid in the musical. Misha, who stars alongside television actor Razali Hussain in Istana Budaya’s musical Uda Dan Dara, joins the cast in place of Umie Aida. Umie turned down the role due to her involvement in another musical, Natrah, set for year’s end. Misha says: “While I still believe Umie’s the right person to play Rosnah, I’m happy to be cast in her place because it’s a role I’m able to master.” Zizan is happy to share the role of Dr Mahathir with Esma as the two have worked together in television movies.

A third actor plays the statesman — Idola Kecil 2008 finalist Mohd Shafeiq Shazwan as the pre-teen Dr Mahathir. Zizan says: “It’s great to work with Esma as he’s someone in the industry I look up to.
And playing Dr Mahathir is edutainment for me because I get to know our great leader better.” Zizan is currently reading the musical’s script and has learnt that Dr Mahathir hails from a family of great leaders and showed leadership qualities in his childhood. One of his maternal forefathers was the legendary Kedah Bendahara (Chief Minister) Datuk Wan Mat Saman, who built Kedah’s Wan Mat Saman Canal linking Alor Star to Gunung Jerai. Esma adds: “While it’s the first time we are taking on the role of a highly respected statesman and historical figure, it will not be our last.” Zizan and Esma are also elated to star alongside Datuk Jalaluddin Hassan and see in him the benchmark for a convincing portrayal of a prime minister. Jalaluddin was widely praised for playing first prime minister Tunku Abdul Rahman Putra in Putra The Musical (2007) and Merdeka! Merdeka! Merdeka! (2006). He will be playing Dr Mahathir’s father Datuk Mohamad Iskandar, who founded Alor Star’s premier school Sultan Abdul Hamid College and who taught Abdul Rahman.

The two-hour musical from Sept 24 to Oct 4 is directed by Rosminah Tahir. It is divided into three parts — Dr Mahathir’s childhood, his university life and struggle for the country’s independence, and his days as prime minister and elder statesman. There will be 80 actors, 20 of whom will have dialogue. The musical is the brainchild of Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, who suggested it three years ago.

Dr Mahathir’s son Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Tun Mahathir determined its storyline while Mukhriz’s younger brother Mazhar, who is a National Arts, Culture and Heritage Academy student, is in a supporting role. Datuk Suhaimi Mohd Zain, or Pak Ngah, is its composer and music director while Anthony Meh is choreographer.

Pak Ngah has composed about 20 songs with a mix of traditional and contemporary music. The RM2 million musical is supported by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s wife Datin Seri Rosmah Mansor and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Tickets are priced at RM30, RM50, RM80, RM100 and RM150.

Call 03-4026 5558.

 

Erra temui Dr Siti Hasmah (19 July 2010)

Oleh Norhadiani Baharom
MENJADI satu kesilapan besar baginya andai menolak pelawaan CTRA Production Sdn Bhd untuk membintangi Teater Muzikal Tun Dr Mahathir yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober ini.
Tambahan pula, watak yang ditawarkan kepada Erra itu bukan sebarangan. Sebaliknya memainkan watak individu yang cukup dekat dan penting dalam kehidupan Tun Dr Mahathir iaitu Tun Dr Siti Hasmah juga isteri kepada Perdana Menteri Malaysia keempat itu.
Akui Erra, meskipun gusar dan gementar persembahan lakonannya tidak menepati piawaian yang diharapkan penonton peluang itu tidak seharusnya dilepaskan.

Malah, wanita jelita itu merasakan dirinya sangat bertuah kerana memperoleh maklumat menarik dan berguna daripada Dr Siti Hasmah pada pertemuan baru-baru ini.

"Saya serta beberapa pelakon yang terbabit dalam pementasan ini sempat bertentang mata dengan Tun Dr Siti Hasmah baru-baru ini. Kesempatan itu saya gunakan untuk bertanya hal yang agak peribadi memandangkan pada pementasan itu babak membabitkan saya lebih menjurus pada saat perkenalan dan bibit cinta antara Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.

"Tun Dr Siti Asmah yang kita lihat adalah seorang yang bersopan santun sama ada perwatakannya ataupun cara percakapannya dan kerana itulah saya terkejut apabila beliau memaklumkan ketika zaman remajanya beliau sebenarnya seorang gadis lasak dan berperwatakan tomboi. "Ini kerana beliau anak tunggal perempuan dalam adik-beradik. Sungguhpun tomboi katanya, beliau sering mengenakan baju kurung dan kebaya sebagai pakaian seharian.

"Justeru, bukan mudah untuk saya mendalami perwatakan Tun Dr Siti Hasmah kerana beliau ada karisma tersendiri selain menjadi idola kepada jutaan wanita termasuk diri saya sendiri," katanya sudah pun memulakan sesi membaca skrip.

Erra yang ditemui di Hotel One World, Bandar Utama, Damansara, Jumaat lalu, dilantik sebagai duta produk susu rumusan khas, Wyeth Nutrition yang kini memperkenalkan reka bentuk pek global yang baru.

Pek berwajah baru ini direka bagi menonjolkan jenama globalnya iaitu S-26 yang dipercayai turun temurun. Dirumus dengan kebaikan nutrisi yang bersesuaian dengan usia, jenama baru S-26 dirumus secara saintifik bagi menyokong perkembangan mata, minda, pembelajaran, tumbesaran dan perkembangan yang dikenali sebagai 'Biofactors System'.

Dengan pendekatan yang inovatif, Wyeth Nutrition memilih Erra sebagai duta mereka kerana aktres popular itu mencerminkan personaliti jenama Wyeth dan aspirasi ibu di Malaysia.

Sejajar perlantikan itu Erra akan berganding bahu dengan Wyeth untuk melaksanakan kempen Bersedia Untuk Kehidupan yang akan membabitkan suasana ceria, ilmiah sekali gus merapatkan hubungan dengan pengguna. "Pihak Wyeth merisik Erra sejak penghujung tahun lalu, tetapi menjadi prinsip saya sebelum bersetuju dengan sesuatu tawaran saya mahu melihat sejauh mana keberkesanannya dengan menggunakan produk itu sendiri.

Gementar sebagai Siti Hasmah (15 Julai 2010)


Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Erra diingatkan supaya jangan melakukan aksi berlebih-lebihan

BELUMPUN teater muzikal Tun Mahathir dipentaskan, sudah timbul persoalan adakah pembabitan Erra Fazira sebagai Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali nanti memang sepadan dengan ciri-ciri isteri kepada mantan Perdana Menteri keempat?
Adakah dengan Erra yang memiliki susuk tubuh tinggi lampai dan wajah jelita, boleh menimbulkan gambaran kurang tepat mengenai fizikal Dr Siti Hasmah?
Bagaimanapun, itulah yang penonton akan saksikan apabila teater Tun Dr Mahathir dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 24 September nanti.

Sememangnya Erra terlalu cantik pada pandangan mata Siti Hasmah. Fizikal pelakon itu juga dianggap terlalu sempurna, berbeza sekali dengan dirinya. Bagaimanapun, bagi produksi CTRA, Erra menjadi pilihan kerana wanita itu memilik beberapa persamaan dengan Tun Siti Hasmah. 
Menatap kembali potret lama Dr Siti Hasmah ketika zaman muda, wajahnya dikatakan memiliki iras Erra Fazira. Kelembutan tutur kata Dr Siti Hasmah juga kononnya saling tidak tumpah seperti Erra. Jadi, tiada pelakon lain yang dirasakan oleh penerbitnya, Siti Rohaya Attan sesuai membawakan watak itu melainkan Erra.

Erra Fazira yang ditemui pada majlis pengumuman barisan pelakon Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, berkata dia sudah menemui Dr Siti Hasmah dan menyifatkan wanita itu bersikap terbuka malah mengizinkan untuk menghubunginya jika mempunyai sebarang kemusykilan dengan watak yang dibawanya (Erra).
“Tun (Dr Siti Hasmah) kata kalau ada sebarang pertanyaan, saya boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa. Dari situ, saya tahu beliau tidak suka jika wataknya dibawakan secara berlebih-lebih. Sebenarnya saya lebih kepada takut dan gementar membawakan watak tokoh yang disayangi. Apa lagi tokong itu masih hidup.

“Watak yang saya bawakan lebih kepada ketika zaman beliau di universiti sehingga berkahwin. Jadi setakat itu saja kajian yang perlu saya lakukan untuk membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah. Saya terkejut mendapat tahu dari mulut Tun sendiri bahawa beliau seorang yang agresif dan lasak. Dia dibesarkan di samping adik beradik lelaki dan hanya beliau saja perempuan, jadi sikapnya sedikit tomboi. Bagaimanapun, Tun mula berhenti bersukan apabila berkahwin dengan Tun Dr Mahathir.

“Selain itu, untuk menghidupkan lagi watak Tun juga, Erra perlu melalui cabaran bermain dengan solekan dan rambut dari zaman Tun muda, remaja hinggalah pada usianya sekarang,” kata Erra yang sebelum ini pernah berlakon di dalam teater Selendang Ummi kira-kira 10 tahun yang lalu.

Bakal bergandingan dengan Erra membawakan watak Tun Dr Mahathir adalah dua pelakon drama tidak asing, Esma Daniel dan Zizan Nin. Kedua-duanya membawakan watak Tun dalam era berbeza. Zizan membawakan watak Dr Mahathir di zaman mudanya iaitu ketika di bangku sekolah hinggalah ke zaman universiti, manakala Esma Daniel pula sebagai Dr Mahathir yang sudah aktif dalam politik.

Tidak seperti Erra Fazira, Esma dan Zizan masih lagi belum berpeluang bersemuka dengan mantan Perdana Menteri itu. Menjadi harapan mereka supaya dapat bertemu dengan Bapa Pemodenan Negara itu satu hari nanti supaya mereka dapat berkongsi kisah hidup, sekali gus membantu mereka untuk lebih menghayati watak sebagai seorang Dr Mahathir.

“Saya kena buat seperti Tun (Dr Mahathir), perwatakan dia, cara Tun bercakap. Sumber saya adalah kepada youtube, kebetulan Tun sendiri banyak menulis buku. Jadi, buku-buku itu saya jadikan panduan untuk menghayati wataknya.

“Mujur saya hidup di zaman pemerintahannya, jadi sedikit sebanyak saya masih ingat lagi perwatakan beliau. Watak saya lebih kepada zaman selepas Tun berkahwin dan zaman beliau menjadi Perdana Menteri.

“Saya berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan sebuah watak yang besar seperti ini. Saya ambil tanggungjawab diberikan ini dengan rasa terharu dan bangga,” kata Esma yang pertama kali beraksi di dalam sebuah pementasan besar.

Jika pelakon lain tertekan kerana perlu membawakan watak tokoh yang masih hidup, Zizan pula lebih bimbangkan gerak tari yang perlu dipelajari untuk teater muzikal itu. Soal nyanyian, tidak begitu dibimbangkan pemuda ini kerana mungkin ramai yang tidak tahu sebelum ini pernah menyanyi di majlis keramaian yang dihadiri oleh orang kenamaan.

“Tidak ada apa yang perlu dirisaukan, saya hanya perlu jalankan bahagian saya dengan baik. Kritikan bagi saya adalah perkara biasa. Perkara yang membimbangkan saya hanyalah kepada tarian kerana selain perlu menghafal skrip dan lirik lagu, saya juga perlu menari.

“Sudah lama saya berhasrat untuk berlakon dalam teater, saya sendiri pernah menyatakan kepada media sebelum ini yang saya teringin berlakon dalam muzikal.
Tetapi baru kini peluang itu datang, sebelum ini ada juga beberapa tawaran tetapi kebanyakannya seperti tidak serius mengundang saya. Sebaliknya, saya nampak kesungguhan CTRA yang datang semula kepada saya untuk meminta persetujuan dari saya,” katanya yang menjadi Tun ketika muda.

Sementara itu, Pengarah Muzikal Tun Mahathir, Rosminah Mohd Tahir pula berkata, populariti bukanlah keutamaan untuk mencari watak Tun Mahathir kerana yang penting adalah kecintaan seseorang pelakon itu terhadap bekas pemimpin negara itu.

“Seseorang pelakon itu perlu ada kecintaan kepada Tun supaya mereka boleh membawakan watak itu dengan baik. Pertama saya memilih fizikal, kemudian pemikiran dan wajah. Saya juga tidak mahu terlalu muda atau tua tetapi Esma datang tepat pada waktunya. Hanya dengan sekilas pandang, saya melihat ada wajah Tun dalam diri Esma.

“Sebenarnya nak merealisasikan watak Tun bukanlah mudah. Saya perlu teliti kerana Tun sudah mengingatkan, apa saja yang ingin kami lakukan perlulah berdasarkan kepada fakta,” kata Rosminah.

Hadir pada majlis memperkenalkan barisan pelakon muzikal Tun Mahathir ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Juhari Shaarani.

Muzikal Tun Mahathir yang menelan kos sebanyak RM 2.8 juta itu akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 24 September dan berakhir pada 4 Oktober. Latihan intensif untuk teater itu pula bermula pada 18 Julai.

 

Hadapi risiko dikritik (14 July 2010)






BERILAH watak apa sahaja kepada primadona filem Melayu, Erra Fazira tidak kira untuk filem mahupun drama, dia mampu melakonkannya dengan penuh penghayatan.
Namun, kali ini Erra diberi tanggungjawab yang agak berat untuk membintangi teater muzikal Tun Mahathir yang bakal dipentaskan pada September dan Oktober ini.
Membawakan watak isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, teater muzikal itu merupakan teater kedua lakonannya selepas pertama kali berlakon menerusi teater arahan Ahmad Idham, Selendang Umi 10 tahun lalu.
Walaupun mempunyai pelbagai pengalaman berlakon, ternyata ia bukan mudah untuk Erra meniru dan melakonkan perwatakan dan lenggok badan seorang tokoh negara kerana jika tersilap, dia mungkin akan berdepan dengan kritikan yang besar oleh para penonton yang menyaksikannya.
Disebabkan risiko itu, Erra sudah mula tidak senang duduk sejak menerima tawaran daripada CTRA Production Sdn. Bhd. biarpun sesi latihan belum dimulakan.
Beritahu Erra, dia risau dengan harapan umum dalam pembawakannya sebagai Dr. Siti Hasmah yang penuh dengan ciri-ciri lemah lembut dan keibuan.
“Sepanjang karier lakonan, watak ini adalah antara yang paling berat yang saya terima. Saya perlu memastikan lakonan saya tidak terlebih atau kurang daripada watak sebenar Dr. Siti Hasmah. Saya rasa, sesiapa yang menerima watak ini pasti akan mengalami perasaan ini.
“Lebih mencabar lagi bila watak tokoh yang disanjung ramai itu masih hidup dan beliau sendiri akan hadir menyaksikan sendiri teater ini. Risau juga, tetapi setelah diberi garis panduan, saya harap saya dapat melaksanakan tugas yang diberi dan menganggap ia salah satu cabaran sebagai seorang pelakon.


KISAH Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah bakal dipentaskan di Istana Budaya.



“Setakat ini, saya ada membuat sedikit persediaan dengan mengenali Dr. Siti Hasmah lebih dekat dengan berjumpa dengannya dan cuba mengorek cerita peribadinya. Malah, apa yang membuatkan saya selesa dengannya, dia memberikan kerjasama yang cukup baik dan berkata saya boleh tanya apa yang ingin saya tanya kepadanya,” tutur Erra selepas sidang media teater muzikal tersebut di Istana Budaya baru-baru ini.
Tambah aktres jelita itu, dia gembira kerana teater itu sekali gus membuatkan dirinya lebih mengenali sisi lain Dr. Siti Hasmah dan terkejut apabila mendapat tahu, beliau seorang wanita lasak dan tomboi ketika di zaman remaja.
“Saya cuba mendalami emosinya. Apa yang membuatkan saya teruja berada di sampingnya ialah beliau langsung tidak kelihatan seperti seorang wanita berusia 80-an bila ditemu bual kerana gaya dan ekspresinya ketika bercakap begitu agresif.
“Kalau nak tahu, sepanjang hidupnya, beliau hanya memakai baju kebaya dan kurung, walaupun berada di majlis dengan dikelilingi wanita-wanita berpakaian gaun. Beliau juga sangat menyukai aktiviti sukan dan mula berhenti bersukan selepas mengenali Dr. Mahathir. Walaupun lasak, Dr. Siti Hasmah tetap kekal sebagai wanita timur,” ujar Erra.

Esma berhati-hati


BARISAN pelakon yang bakal menghidupkan pentas teater muzikal Tun Mahathir.



Menariknya tentang teater muzikal ini, watak Dr. Mahathir diberikan kepada tiga pelakon mengikut tiga fasa kehidupan pemimpin yang disegani itu.
Finalis program Idola Kecil 2008, Mohd. Shafeiq Shazwan bakal melakonkan watak Dr. Mahathir pada zaman kanak-kanak, Zizan Nin (ketika remaja) manakala Esma Daniel pula dipertanggungjawabkan melakonkan watak Dr. Mahathir ketika berumah tangga dan mula bergiat aktif dalam bidang politik.
Menurut Esma, teater yang akan menyentuh sedikit sebanyak mengenai politik negara serta bangsa Melayu itu membuatkan Esma perlu berhati-hati dalam melakonkan watak pemimpin negara itu.
“Risau juga jika lakonan saya mencetuskan kontroversi. Ini kerana saya melakonkan watak Tun Dr. Mahathir ketika di zaman kegemilangannya yang mana banyak perkara yang berlaku pada dirinya serta negara.
“Nak ikutkan, saya tak yakin untuk membawakan watak ini dan perlu bekerja keras agar dapat memberikan lakonan yang terbaik.
“Soal layak atau tidak, saya tak pasti, Cuma tawaran ini adalah satu penghargaan buat saya. Secara keseluruhannya, saya percaya teater ini akan menjadi satu kenangan menarik buat para pelakon, produksi serta para penonton yang akan menyaksikannya nanti,” katanya yang pernah berlakon teater 10 tahun lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (DBP) berjudul, Julia.














ESMA dan Erra diberikan tanggungjawab yang besar dan besar bagi menghidupkan karakter Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah.









Antara pelakon lain yang bakal mengisi pentas teater Tun Mahathir termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan (bapa kepada Tun Mahathir, Mohamad Iskandar), Erma Fatima (ibu kepada Tun Mahathir iaitu Wan Tempawan), Ako Mustapha (Zahir), Zaibo ( Pak Mat) dan Misha Omar (Datuk Rosnah Majid) di samping 200 lagi pelakon lain yang telah diuji bakat pada Mac lalu.
Sementara itu, penerbitnya, Siti Rohaya Attan atau Kak Roy berkata, pemilihan pelakon tidak berdasarkan populariti tetapi lebih pada kualiti lakonan, karisma, bakat dan rupa paras yang menyerupai Dr. Mahathir.
Teater muzikal yang akan menggunakan khidmat pengarah Rosminah Mohd. Tahir, Pak Ngah (komposer muzik) dan Ismail Kassan ini bakal dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 25 September hingga 3 Oktober ini.
Bagi yang ingin menyaksikan teater muzikal Tun Mahathir, tiket dijual dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 melalui melalui tempahan melalui laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41498600.
Tempahan juga boleh dibuat di talian Box Office, Istana Budaya, 03-40265558 dan untuk maklumat lanjut, layari laman web www.istanabudaya.gov.my.



Elemen komersial teater Tun Mahathir (10 July 2010)

Oleh Nor Akmar SamudinCABARAN besar buat pengarah teater Muzikal Tun Mahathir, Rosminah Mohd Tahir untuk mementaskan teater tokoh negarawan ulung itu kerana sejarah hidupnya yang panjang dan terkandung terlalu banyak cerita.
Pun begitu, Rosminah sedia menyahut cabaran itu kerana mantan Perdana Menteri itu juga adalah idolanya dan dengan harapan pementasan itu akan membuat penonton mengenali Dr Mahathir Mohamad dengan lebih dekat terutama generasi muda hari ini.
Walaupun Dr Mahathir tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara, kehebatannya memperkenalkan Malaysia di mata dunia cukup dikagumi. Bukan saja kepimpinannya disanjung rakyat negara ini malah ketokohannya turut dipuji masyarakat antarabangsa dan sehingga sekarang, buah fikirannya yang bernas itu masih diperlukan untuk pembangunan negara. Lantaran itu, CTRA Production yang diterajui Siti Rohayah Attan amat berminat untuk menerbitkan teater muzik legenda negara yang masih hidup.

Kata Rosminah, cabaran utama mengarahkan drama itu bagaimana hendak membina jalan cerita Dr Mahathir. "Saya dengan penulis skrip teater ini, Ismail Kassan sedang mencari idea untuk mengolah cerita Dr Mahathir kerana apabila dipentaskan teater itu perlu disuntik dengan elemen komersial.

"Memaparkan fakta semata-mata, barangkali tidak menarik minat penonton untuk menyaksikannya lalu perlu ada kreativiti yang tinggi untuk mencantikkan lagi pementasan itu seperti tarian dan nyanyian yang mana lirik lagunya menceritakan jalan cerita teater itu.

"Saya dan Ismail sudah pun berjumpa Dr Mahathir untuk meminta pandangannya mengenai pementasan ini. Kami beritahu teater itu dipentaskan berdasarkan fakta hidup beliau, tanpa kreativiti seni, ia mungkin membosankan penonton. "Oleh itu perlu ada elemen tambahan yang lain. Alhamdulillah beliau memberi kebebasan kepada untuk berkarya tapi jangan menyimpang daripada fakta. "Apabila skrip itu siap sepenuhnya nanti saya akan tunjukkan lagi kepada beliau. Begitu juga, kalau boleh sebelum bermulanya hari pementasan sebenar teater itu, saya mahu Dr Mahathir menonton dulu teater itu dan kalau ada yang kurang tepat kita masih boleh mengubah mana yang perlu. Bagaimanapun, Tun Dr Siti Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) berjanji akan datang menyaksikan pementasan itu nanti," katanya.

Watak Dr Mahathir sejak zaman persekolahan hingga remaja dipegang Zizan Nin dan Esma Danial pula akan menghayati watak beliau selepas berkahwin sehingga usia sekarang. Erra Fazira memegang peranan sebagai Dr Siti Hasmah dan Datuk Jalaluddin Hassan pula sebagai ayah Dr Mahathir. Pementasan yang mendapat sokongan penuh Istana Budaya (IB) itu akan mula dipertontonkan pada 24 September ini dan berakhir pada 4 Oktober. Waktu persembahan pada 24 September hingga 4 Oktober, ialah jam 8.30 malam sementara pada 25 September, 2 dan 3 Oktober, jam 3 petang. Tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100, RM150. Untuk tempahan tiket hubungi Box Office, IB, di talian 03-40265558 atau layari www.ticket2u.biz Muzikal ini menceritakan kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Dr Mahathir untuk menjadi pemimpin ternama.

Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak apabila beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun. Turut dipaparkan perjalanan hidupnya sebagai doktor yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surutnya.

Begitu juga dilema dan kejayaan yang digapai beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar.

Berlakon sama dalam teater itu, Erma Fatima, Mohd Shafeiq Shazwan, Ako Mustapha, Zaibo dan Morgan Tay Poh Leng.



Sidang Media Muzikal Tun Mahathir @ SelebritiHQ.com (10 July 2010)

Photos were posted on 10 Jul 2010 at 1:55pm

Muzikal Tun Mahathir bakal dipentaskan di Istana Budaya  bermula 24 September hingga 4 Oktober ini.  Ia adalah satu-satunya muzikal tokoh politik negara yang masih hidup ketika muzikal itu dipentaskan. Muzikal ini menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menjadi pemimpin yang ulung. Kisah hidupnya akan digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak tari yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakui oleh Tun Mahathir sendiri.
Sidang akbar untuk melancarkan Musikal Tun Mahathir telah diadakan di Istana Budaya pada 8 Julai lalu. Ia dihadiri oleh penerbit,  Siti Rohaya Attan (CTRA Production), Rosminah Mohd Tahir (pengarah) dan juga barisan pelakon muzikal tersebut. Skrip muzikal ditulis oleh Ismail Kassim manakala lagu-lagu adalah dari gubahan komposer Pak Ngah.
Watak pemimpin negara yang disanjungi itu disandarkan kepada 3 pelakon mengikut 3 fasa kehidupan beliau, iaitu Esma Daniel, ketika zaman Tun Mahathir berumahtangga, Zizan Nin (zaman bujang) serta finalis program Idola Kecil 2008, Mohd Shafeiq Shazwan pada zaman kanak-kanak.
Pelakon wanita popular, Erra Fazira pula dipertanggungjawabkan untuk membawa watak isteri kepada Tun Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Antara pelakon lain yang akan membarisi teater muzikal ini ialah, Datuk Jalaluddin Hassan (En Mohamad), Erma Fatima (ibu kepada Tun Mahathir iaitu Wan Tempawan), Ako Mustapha ( Zahir), Zaibo ( Pak Mat) dan Misha Omar (Datuk Rosnah Majid).
Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 boleh ditempah melalui laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41498600.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.istanabudaya.gov.my

 

Naskhah luar biasa (12 July 2010)









































PEMENTASAN Muzikal Tun Mahathir pada September ini merupakan naskhah yang memaparkan perjalanan hidup seorang tokoh pemimpin dan ahli politik tanah air yang masih hidup.
Seperti yang diketahui ramai, ia merupakan naskhah yang akan mengupas sisi lain kehidupan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sebelum ini sudah ada pementasan sebegitu rupa, misalnya Muzikal Tun Razak yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur tahun lalu sebagai mengenang jasa dan ketokohan bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak.
Bagaimanapun, Muzikal Tun Mahathir arahan Rosminah Tahir pastinya akan menjadi karya yang dinanti ramai.
Bukan setakat unik, malah ia juga memberi cabaran bukan kepalang buat dua pelakon Muzikal Tun Mahathir yang akan melakonkan watak Dr. Mahathir iaitu Esma Daniel dan Zizan Nin dalam menggalas tanggungjawab tersebut.
Turut sama merasai tanggungjawab berat itu ialah Erra Fazira yang akan mendokong watak Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Dr. Mahathir pada pementasan di Panggung Sari, IB dari 24 September hingga 4 Oktober depan.
Aktor Esma Daniel memegang watak penting dalam pementasan teater Muzikal Tun Mahathir kerana dia melakonkan watak di saat tokoh terkenal itu bergelar Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri kata pelakon berasal dari Teluk Intan, Perak itu pelbagai peristiwa termasuklah yang membabitkan isu-isu kontroversi pernah menguliti perjalanan hidup tokoh terbabit.
Sehubungan itu, menurut Esma dia akan memastikan perjalanan cerita muzikal terbitan CTRA Production tersebut tidak akan mencetuskan kontroversi, sebaliknya ia akan menjadi suatu medium hiburan yang bermanfaat.
"Ini adalah sebuah teater muzikal yang mana penonton yang datang mahu berhibur. Pada masa sama mereka mahu melihat perjalanan hidup Tun yang dipentaskan dalam keadaan santai dan mengetahui sisi lain pemimpin itu.
"Kerana itu, karya ini akan memberikan apa yang dimahukan oleh audiens," katanya sewaktu ditemui selepas pelancaran Muzikal Tun Mahathir di IB, baru-baru ini.
Selain berhati-hati dalam memaparkan kisah hidup mantan Perdana Menteri berasal dari Kedah itu, pelakon berusia 41 tahun ini juga sudah mula melakukan pelbagai persiapan termasuklah memerhati gerak-geri serta karakter tokoh terbabit.
Meskipun latihan secara intensif Muzikal Tun Mahathir bermula pada 18 Julai ini tetapi bekas juara Pertandingan Hero Remaja 1991 ini berkata, dia harus bekerja keras memandangkan penghayatan penting bagi menentukan keberkesanan watak lakonannya itu.
"Sekarang ini saya sudah dapat rasakan gemuruhnya untuk berlakon dalam pementasan teater ini. Pada masa sama saya bangga kerana dipilih untuk melakonkan watak tokoh hebat ini kerana tidak semua pelakon dapat peluang ini.
"Sebagai persediaan saya mula memerhati serta mempelajari gerak-geri dan karakter Tun. Saya pernah bertemu Tun tetapi bukanlah secara formal, sebaliknya saya lebih banyak melihat beliau di televisyen," ujarnya.

 

Mukhriz, Mazhar turut jayakan Muzikal Tun Mahathir September ini (8 July 2010)


Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersama Pengarah Teater Muzikal Tun Mahathir, Rosminah Mohd Tahir (empat dari kanan) melihat poster Teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar Bernama
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Teater Muzikal Tun Mahathir, yang menceritakan kehidupan dan kejayaan perdana menteri Malaysia keempat, pasti memberi kenangan manis kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kerana ia turut dijayakan oleh anak-anak mereka. Teater itu menampilkan Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebagai antara yang menyumbangkan idea bagi jalan cerita manakala Mazhar, yang juga penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), memegang watak pembantu.
Ketua Pengarah Istana Budaya Mohamed Juhari Shaarani berkata pementasan muzikal di Istana Budaya itu disarankan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim tiga tahun lepas bagi menghargai negarawan ulung itu.
“Ketika kami meminta izin daripada Tun Dr Mahathir (untuk mementaskan kisah hidupnya), beliau memberi izin dengan syarat jalan cerita muzikal ini haruslah berdasarkan fakta,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang merupakan Penaung Muzikal Tun Mahathir.
Pementasan dari 24 Sept hingga 4 Okt itu menampilkan artis-artis terkemuka negara seperti Esma Daniel yang memegang watak Dr Mahathir (dewasa), Erra Fazira (Dr Siti Hasmah), Zizan Nin (Dr Mahathir semasa remaja) dan finalis Idola Kecil 2008 Mohd Shafeiq Shazwan (Dr Mahathir semasa kanak-kanak).
Teater muzikal itu, yang dipentaskan bersama oleh Istana Budaya, CRTA Production, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA Rosminah Mohd Tahir manakala skripnya ditulis oleh Ismail Kassan.
Sementara itu, penerbit CRTA Production Siti Rohaya Attan berkata muzikal itu mengisahkan tentang Dr Mahathir sejak zaman kanak-kanak sehingga meningkat dewasa yang merangkumi perjalanan hidupnya menjadi doktor Melayu yang membantu bangsanya sebelum muncul sebagai ahli politik yang ada pasang surutnya.
“Dilema dan kejayaan yang digapainya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga digambarkan melalui bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar diperakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir,” katanya.
Siti Rohaya terkenal dalam dunia teater dan pernah menerbit dan mengarahkan teater Assyura (1997), Taman Baginda (1998), Kereta Kencana (1998), Lantai T.Pinkie (2000), Muzikal T.Pinkie (2006), Muzikal Ibu Zain (2008) dan Muzikal Gamat (2009).
Tiket berharga antara RM30 dan RM150 dijual di Istana Budaya dan boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz. – Bernama

Imej Mahathir Buat Pelakon Teruja (9 July 2010)

Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (tengah) dan Pengarah MTM Rosminah Mohd Tahir (empat dari kiri) melihat poster Muzikal Tun Mahathir bersama artis semasa sidang media di Istana Budaya, Kuala Lumpur, 8 Julai lalu. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
TEATER Muzikal Tun Mahathir (TMTM) yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober ini dijangka mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada "kecintaan" masyarakat terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Ini terbukti apabila para pelakonnya turut teruja berlakon dalam teater berkenaan kerana imej positif Mahathir sendiri.
Pelakon Erra Fazira, 37, berkata, dia dapat merasakan tanggung jawabnya memegang watak Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dalam teater tersebut sebagai amat berat.
Katanya, watak itu melibatkan tokoh ternama dan inilah kali pertama dia membawakan watak sedemikian.
Sementara itu, pelakon filem dan teater, Esma Daniel, 41, berasa dihargai apabila julung kali meraih peluang membawa watak utama dalam TMTM.
Bagaimanapun, akuinya, dia berasa gementar dan bangga apabila dimaklumkan bekas Perdana Menteri dan isterinya teruja untuk melihat hasil persembahan teater itu pada September ini.
"Saya janji menampilkan yang terbaik untuk tidak menghampakan mereka yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak Tun," katanya pada sidang media Teater Muzikal Tun Mahatihir.
Dalam pada itu, pelakon filem Cinta Terakhir, Zizan Nin, 38, yang memegang watak Mahathir sewaktu zaman remajanya menyifatkan peluang itu sebagai penghormatan yang amat besar kepadanya.
"Tun ialah tokoh yang sangat disegani. Saya pasti semua akan berminat menyaksikan MTM apabila dipentaskan nanti," jelasnya.
Sementara itu, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman memberitahu, beliau tidak teragak-agak untuk menerima pelawaan untuk menjadi penaung MTM kerana menghormati keperibadian Mahathir.
"Saya sungguh teruja dan rasa bertuah kerana diminta menjadi penaung MTM. Pertamanya, saya memang minat menonton teater dan selalu datang ke IB.
"Tun Mahathir ialah tokoh yang sungguh saya hormati dan menjadi idola. Apabila kita melihat kira-kira 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri, ketokohan beliau tiada tolok bandingnya. Saya betul-betul teruja," katanya.
Sementara itu itu, Penerbit MTM, Siti Rohayah Attan dalam sidang akhbar yang sama berkongsi keterujaan Hasmah tentang MTM pada pertemuan dengannya baru-baru ini.
"Tun (Hasmah) amat mengagumi kecantikan Erra yang memegang wataknya. Beliau tidak sabar ingin melihat watak suaminya menunggang motosikal jenis VSA di Pantai Lido," ujarnya.
Kata Siti, apa yang pasti penonton MTM akan melihat Mahatihir dari perspektif lain iaitu dari pandangan isteri dan anak-anaknya.
Dalam pada itu, Pengarah MTM, Rosminah Mohd Tahir berkata, beliau memilih karakter pelakon berdasarkan kepada keperluan watak itu sendiri.
Beliau turut melihat dari segi komitmen serta wajah mereka yang mirip dengan Mahathir.

Erra Fazira Gentar Lakon Watak Siti Hasmah (11 July 2010)

Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2010 : Ternyata bukannya mudah bagi mana-mana pelakon untuk meniru atau melakonkan gaya, tutur bahasa mahupun gerak badan seseorang. Lebih-lebih lagi watak yang dilakonkan itu adalah tokoh yang disayangi masyarakat umum.
Sekiranya tersilap, pelakon terbabit bukan sahaja menjejaskan mutu keseluruhan persembahan, malah mungkin dikecam hebat.
Begitulah yang terpaksa dilalui pelakon popular Erra Fazira apabila diberi tanggungjawab besar untuk memegang watak Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam Teater Muzikal, Tun Dr Mahathir terbitan CTRA Production Sdn Bhd.
Erra, ketika ditemui pada majlis sidang media di Istana Budaya berkata, biarpun belum memulakan sesi latihan, tetapi debarannya sudah dirasai sejak hari pertama menerima tawaran tersebut, beberapa bulan lalu.
"Sepanjang karier lakonan saya, watak ini adalah antara yang paling berat yang saya terima. Saya akui ia sukar tetapi, selepas berbincang dengan beberapa pihak termasuk pihak produksi, saya cuba megetepikan tanggapan itu, sebaliknya menganggap ia sebagai suatu cabaran.
"Ia melibatkan tokoh ternama yang disanjung ramai, jadi saya rasa sesiapa sahaja yang menerimanya pun akan turut rasa apa yang saya rasa. Cabaran ini terasa lebih-lebih lagi watak tokoh yang dilakonkan itu masih hidup dan beliau akan datang menyaksikan sendiri teater ini. Jadi lakonan saya seharusnya tidak boleh melebihi dari watak sebenar.
"Untuk membuat persedian, saya akan cuba mengenali peribadi Tun Dr Siti Hasmah dengan lebih dekat lagi. Saya pernah aberjumpanya dengannya untuk mengorek cerita-cerita peribadinya. Dia memberikan respon yang cukup baik.
"Sedikit sebanyak mengenai Tun. Dia seorang yang bersifat keibuan, lemah lembut dan hanya memakai baju kebaya dan baju kurung sepanjang masa, tidak kira dalam majlis apa sekalipun. Dia adalah orang Kuala Lumpur dan dalam percakapannya banyak menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
"Ini adalah tawaran teater kedua dalam teater selepas menjayakan teater Selendang Umi, kira-kira 10 tahun lalu. Setidak-tidaknya saya mempunyai pengalaman untuk digunakan nanti,' kata Erra.
Manakala watak mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dipertanggungjawabkan kepada 3 pelakon mengikut 3 fasa kehidupan, iaitu Esma Daniel, ketika zaman Tun Mahthir berumahtangga, Zizan Nin (zaman bujang) serta finalis program Idola Kecil 2008, Mohd Shafeiq Shazwan pada zaman kanak-kanak.
Teater yang menggunapakai khidmat dari Rosminah Mohd Tahir (pangarah), Ismail Kassan (penulis skirp) dan Pak Ngah (komposer muzik) ini bakal menemui penonton di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober 2010.
Antara pelakon lain yang akan membarisi teater muzikal ini ialah Datuk Jalaluddin Hassan (Mr Mohamad), Erma Fatima (ibu kepada Tun Mahathir iaitu Wan Tempawan), Ako Mustapha ( Zahir), Zaibo ( Pak Mat) dan Misha Omar (Datuk Rosnah Majid).
Selain barisan pelakon penting itu, Teater Muzikal Tun Mahathir ini turut menggunakan khidmat 200 pelakon lain yang telah diujibakat sekitar Mac lalu. Ada di antara mereka datang dari kumpulan Suatari dan Dua Space.
Kepada orang ramai yang berminat, anda boleh mendapatkan tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 melalui tempahan melalui laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41498600.


Esma Daniel Tonggak Teater Muzikal Tun Mahathir (8 July 2010)

Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2010 : Persoalan siapakah yang bakal memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Teater Muzikal Tun Mahathir, terjawab apabila syarikat produksinya CTRA Production Sdn Bhd mengumumkan barisan pelakonnya petang tadi.
Watak pemimpin disegani dunia itu dipertanggungjawabkan kepada 3 pelakon mengikut 3 fasa kehidupan, iaitu Esma Daniel, ketika zaman Tun Mahthir berumahtangga, Zizan Nin (zaman bujang) serta finalis program Idola Kecil 2008, Mohd Shafeiq Shazwan pada zaman kanak-kanak.
Penerbitnya, Siti Rohaya Attan atau Kak Roy berkata, pihaknya mengetepikan soal populariti para pelakon, sebaliknya pemilihan ketiga-tiga watak ini dilakukan berdasarkan karisma, bakat dan rupa paras yang menyerupai Tun Mahathir.
"Mereka ini dianggap sangat penting untuk membawa kejayaan kepada teater ini terutamanya Esma Daniel kerana dia membawa watak Tun Mahathir ketika beliau berkahwin dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Ia turut dianggap watak yang berat.
"Sebelum menemui para pelakon ini, kami telah berbincang dan mendapati mereka adalah pelakon yang paling layak. Selain rupa paras yang sesuai , mereka turut mempunyai pengalaman luas dan bakat yang besar dalam bidang lakonan," katanya ketika ditemubual pada majlis sidang media, di Istana Budaya, petang tadi.
Menurut Kak Roy lagi, teater Muzikal Tun Mahathir adalah berlandas fakta sebenar apa yang dilalui oleh Perdana Menteri keempat Malaysia itu, baik dari zaman kanak-kanak, remaja mahupun zaman dewasa.
"Banyak kisah-kisah menarik yang bakal dipaparkan dalam teater ini. Antara babak yang akan ditonjolkan ialah sewaktu Tun dibesarkan dalam sebuah keluarga bahagia, menerima pendidikan di sekolah sekolah ke pusat pengajian tinggi dan saat bertemu Tun Siti Hasmah. Begitu juga, cara pergaulannya dengan rakan-rakan sepermainan.
"Pihak kami telah meminta kelulusan daripada Tun untuk mementaskan teater ini. Beliau turut memberi maklum balas yang baik selagi ceritanya berlandaskan fakta.
Untuk medapatkan cerita yang sahih, kami turut menemubual anak-anaknya dalam bentuk video. Begitu juga Tun Siti Hasmah. Beliau turut maklum balas yang baik bahawa Erra yang akan membawa wataknya," katanya.
Teater Muzikal Tun Mahathir turut menggunapakai khidmat dari Rosminah Mohd Tahir (pangarah), Ismail Kassan (penulis skirp) dan Pak Ngah (komposer muzik).
Ia bakal menemui penonton di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober 2010.
Antara pelakon lain yang akan membarisi teater muzikal ini ialah, Erra Fazira yang memegang watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Jalaluddin Hassan (Mr Mohamad), Erma Fatima (ibu kepada Tun Mahathir iaitu Wan Tempawan), Ako Mustapha ( Zahir), Zaibo ( Pak Mat) dan Misha Omar (Datuk Rosnah Majid).
Selain barisan pelakon penting itu, Teater Muzikal Tun Mahathir ini turut menggunakan khidmat 200 pelakon lain yang telah diujibakat sekitar Mac lalu. Ada di antara mereka datang dari kumpulan Suatari dan Dua Space.
Kepada orang ramai yang berminat, anda boleh mendapatkan tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 melalui tempahan melalui laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41498600

 

Musical presentation on the life of Tun Dr Mahathir (9 July 2010)

The man, the musical: (from left) Actress Diana Johor, Erra, Mohd Shafieq, Rosminah, Puan Sri Noorainee, singer-actress Misha Omar, Zizan and Esma looking at the poster of “Muzikal Tun Mahathir” during the press conference at Istana Budaya, Kuala Lumpur Thursday.

 KUALA LUMPUR: Three people, including child actor Mohd Shafieq Shazwan, will take the role of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in a musical that traces his young life to being an elder statesman.
The RM2mil production, “Tun Mahathir – The Musical”, will be staged at Istana Budaya here from Sept 24 to Oct 4.
The actors who will portray the country’s fourth prime minister at different stages of his life are Zizan Nin, playing Dr Mahathir in his youth, and Esma Daniel, who will take Dr Mahathir’s role as prime minister and statesman.
Mohd Shafieq, the 2008 winner of TV3’s talent search show, “Idola Kecil”, will play Dr Mahathir in his childhood.
The names of the three actors in the biographical musical were announced by producer Siti Rohaya Attan and director Rosmi­nah Mohd Tahir at Istana Budaya yesterday.
They also announced that award-winning dramatist and singer Erra Fazira will act as Dr Mahathir’s wife, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
Present at the event was the show’s patron Puan Sri Noorainee Rahman, wife of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Speaking at a press conrerence, Siti Rohaya said: “Many interesting things during Tun’s life are not written in any book or blog. The musical allows the public to know more about the Father of Modern Malaysia.
She added that Dr Siti Hasmah “can’t wait” to watch the musical as it would likely bring back memories of her youth and her love life with Dr Mahathir.
“The musical is divided into a few parts, such as his childhood, university life with Dr Siti Hasmah, the struggle for independence and his days as the fourth prime minister,” said Siti Rohaya, who added that some 200 people will be taking part in the production.
Tickets for the musical, priced at RM30, RM50, RM80, RM100 and RM150, are available from Box Office, Istana Budaya, TRIWAYS Travel Network shop at Suria KLCC and Sriamera Holidays(M) Sdn Bhd in Shah Alam.

 

Teater muzikal kisah Dr Mahathir (9 July 2010)




LUMPUR: Teater Muzikal Tun Mahathir, yang menceritakan kehidupan dan kejayaan Perdana Menteri Malaysia keempat, pasti memberi kenangan manis kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kerana ia turut dijayakan oleh anak-anak mereka.
Teater itu menampilkan Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebagai antara yang menyumbangkan idea bagi jalan cerita manakala Mazhar, yang juga penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), memegang watak pembantu.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, pementasan muzikal di Istana Budaya itu disarankan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim tiga tahun lepas bagi menghargai negarawan ulung itu.

“Ketika kami meminta izin Tun Dr Mahathir (untuk mementaskan kisah hidupnya), beliau memberi izin dengan syarat jalan cerita muzikal ini haruslah berdasarkan fakta,” katanya pada sidang, semalam.

Majlis itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, yang juga Penaung Muzikal Tun Mahathir.

Pementasan dari 24 September hingga 4 Oktober itu menampilkan artis-artis terkemuka negara seperti Esma Daniel yang memegang watak Dr Mahathir (dewasa), Erra Fazira (Dr Siti Hasmah), Zizan Nin (Dr Mahathir semasa remaja) dan finalis Idola Kecil 2008 Mohd Shafeiq Shazwan (Dr Mahathir semasa kanak-kanak).

 

Erra mohon restu Dr. Siti Hasmah (22 June 2010)





















KRU penerbitan teater Muzikal tun mahathir tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan dengan dr. siti hasmah dalam pertemuan itu. berdiri tiga dari kanan ialah rosminah mohd. tahir.












SELAMA ini Erra Fazira hanya mampu memasang angan-angan untuk duduk semeja dengan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Biar sebelum ini pernah beberapa kali bertemu dengan isteri bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun tidak pernah ada kesempatan untuk dia berkongsi kisah kehidupan peribadi wanita kebanggaan negara itu.
Berbeza dengan apa yang pernah dibaca dalam media massa mengenai sisi lain kehidupan Dr. Siti Hasmah, Erra mahu mendengar sendiri dari mulut tokoh yang sangat-sangat dihormatinya itu mengenai pengalaman hidupnya.
Barangkali sudah tertulis rezekinya untuk bersemuka dengan Dr. Siti Hasmah. Apa lagi dengan tanggungjawab baru yang dipikulnya ‘menjadi Dr. Siti Hasmah’ untuk pementasan teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) membolehkan Erra berkenalan dengan lebih dekat tokoh wanita itu.
Lalu, apabila Erra dipelawa untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr. Siti Hasmah, Erra tidak mampu untuk mengatakan tidak.
Kunjungan Erra bersama rombongan produksi MTM yang diketuai oleh Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Mohamed Juhari Shaarani tempoh hari ialah untuk membentangkan kepada Dr. Siti Hasmah mengenai idea penerbitan muzikal yang mengisahkan perjalanan hidup suaminya pada pementasan yang akan diadakan pada September depan di IB.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Penerbit Eksekutif MTM, Siti Rohayah Attan, Pengarah MTM, Rosminah Mohd. Tahir dan penulis skrip naskhah berkenaan, Ismail Kassan.
Sebelum ini, anggota rombongan yang sama sudah bertemu Dr. Mahathir sebagai memohon restu dan persetujuannya bagi membolehkan pementasan itu dilakukan.
Berbalik kepada Erra, kegembiraan bersemuka dengan Dr. Siti Hasmah sukar disembunyikan.
Biarpun sekadar dua jam, namun apa yang dikongsi dengan Dr. Siti Hasmah menjadikan ilmu dan bekalan yang amat penting buat dia dalam usaha menterjemahkan karakter sebagai wanita penting di sebalik kejayaan suaminya pada pementasan MTM kelak.
“Pertemuan dengan Dr. Siti Hasmah memberikan saya gambaran untuk ‘menghidupkan’ karakter beliau di pentas IB nanti. Memanglah dua jam tidak cukup untuk mengenali beliau dengan mendalam, tetapi kesudian beliau menerima kehadiran saya dan teman-teman lain sangat-sangat saya hormati,” kata Erra kepada Mega merumuskan pertemuannya dengan Dr. Siti Hasmah baru-baru ini.
Memori indah
Pada pertemuan itu, Erra banyak bertanya mengenai keperibadian Dr. Siti Hasmah khususnya ketika zaman tokoh berkenaan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Singapura, detik pertemuan Dr. Siti Hasmah dan Dr. Mahathir serta latar belakang keluarganya.
Dan sebagai pendokong watak utama juga, Erra tidak lupa bertanya Dr. Siti Hasmah mengenai gaya dan personalitinya ketika zaman muda, minat serta hal-hal yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab beliau semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.
Bagi pelakon dan penyanyi terkenal itu, pertemuan singkat dengan Dr. Siti Hasmah tempoh hari benar-benar akan menjadi memori yang cukup indah dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Masakan tidak, perbualan yang berlangsung dalam suasana yang cukup santai turut memberi peluang kepadanya mengenali Dr. Siti Hasmah dari sisi yang lain, berbeza dengan apa yang sering Erra lihat dan baca di media massa.
“Beliau seorang yang sangat humor, mudah didekati dan sangat penyayang. Saya akan berusaha memikul tanggungjawab ini dengan sebaik yang mungkin berkat restu dan sokongan yang diberikan oleh beliau (Dr. Siti Hasmah),” kata Erra lagi.
Paling dikagumi Erra mengenai Dr. Siti Hasmah juga ialah betapa tokoh berkenaan merupakan seorang individu yang mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi ketika melalui zaman suaminya menjadi seorang pemimpin dunia yang kehidupan sehariannya harus dikongsi dengan banyak pihak.
Dr. Siti Hasmah kata Erra, melalui zaman kehidupan yang sungguh menarik - hidupnya penuh pelbagai warna dan pengalaman hidup wanita itu mempunyai nilai yang sangat tinggi.
“Saya kagum dengan Dr. Siti Hasmah,” ringkas kata Erra menjelaskan pandangan peribadinya mengenai isteri negarawan terulung itu.
Dan kerana itu, Erra tidak mampu menyembunyikan perasaan gentar untuk memikul tugas yang disifatkannya sebagai amat berat namun karakter yang sudah lama didambakannya.
“Saya bersyukur kerana menjadi pilihan produksi untuk memegang watak sebagai Dr. Siti Hasmah. Pada masa yang sama saya takut andai saya tidak dapat menterjemahkan dengan sepatutnya karakter beliau,” luah bintang berusia 36 tahun itu lagi.




Showbiz: In Dr M’s shoes (13 June 2010)


dchua@nst.com.my
My first theatrical role, says Esma

My first theatrical role, says Esma

 

 

 

 

It’s an honour and a challenge, to play a living statesman who shaped modern Malaysia, actor Esma Daniel tells DENNIS CHUA of his role in Tun Mahathir The Musical FRESH from playing a family man who battles ghosts in Santau last year, Esma Daniel is taking on his biggest challenge yet this September.

The actor from Tapah, Perak, is playing a family man yet again. This time, he will play none other than former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, the Father of Modern Malaysia.

Esma, or Esma Daniel Mohamad Isa, is one of three men who play Dr Mahathir in Tun Mahathir The Musical at Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur from Sept 24 to Oct 4. The others are Aaron Aziz and Zizan Nin.
Zizan plays Dr Mahathir as a young man while Aaron plays Dr Mahathir as an aspiring politician. Esma takes on the role of Dr Mahathir as Prime Minister and elder statesman.

Esma says: “When producer Siti Rohaya Attan told me I was going to be Dr Mahathir last month, it was like ‘wow’ and ‘oh oh’ for me.

“I’m most honoured to play the man who crafted modern Malaysia.On the other hand, I’m a little scared that I won’t be able to do justice to the man himself.” Esma is fortunate that his wife and in-laws have helped him pick up the Kedah Malay dialect spoken by Dr Mahathir. It is his first theatrical and musical experience.
Thanking Siti Rohaya and director Rosminah Tahir for their confidence in him, Esma vows to do his best in portraying Dr Mahathir.

He is following the lead of actors who played Malaysian Prime Ministers — Rashidi Ishak as Tun Abdul Razak Hussein in Tun Razak The Musical (2009), Datuk Jalaluddin Hassan and Zul Huzaimy as Tunku Abdul Rahman Putra in Putra The Musical (2007), Man Bai as Tun Hussein Onn in 1957 — Hati Malaya (2007) and Kamarul Dzaman as Tunku Abdul Rahman in 1957 — Hati Malaya.

Coincidentally, Jalaluddin is starring in the musical as Dr Mahathir’s father Datuk Mohamad Iskandar, who founded Alor Star’s premier school Sultan Abdul Hamid College and who taught Tunku Abdul Rahman.
“It’s so good to have Jalaluddin around. I’ve starred with him in films and television series, and he’s very much a ‘teacher’ to his juniors in the craft.” Esma says Siti Rohaya and Rosminah wanted their leading men to be fluent in English and Bahasa Malaysia.

“Fortunately, Zizan, Aaron and I are bilingual and can sing,” he says, adding that the three of them “looked the part of more than one Malaysian Prime Minister”.

Esma, who has met Dr Mahathir and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in person, hails the production of musicals and films which depict the life stories of Malaysian Prime Ministers and statesmen.

“We’ve had three Prime Ministers and statesmen as Tun Tan Cheng Lock and Tun VT Sambanthan depicted in plays and films, and this is great because it educates young Malaysians on the sacrifices and contributions of our past leaders.

“We can learn many lessons from them,” he says.

Esma is happy that talented and experienced actors and actresses he has worked with are in the musical.
Erra Fazira plays Dr Mahathir’s wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, Erma Fatima plays Dr Mahathir’s mother Datin Wan Tempawan Wan Hanafi, Mazlan Tahir of Putra The Musical reprises his role as Abdul Razak and Datin Paduka Umie Aida plays veteran journalist Datuk Rosnah Majid.

Esma says: “It’s so good to have Erra as the leading lady. She’s always a class act, and we collaborated in Anak.” The well-known supporting actors include Malaysian Idol 2 second runner-up Farah Asyikin Zulkifli, Anak Wayang winner Hairi Safwan Aznan, Akademi Fantasia’s Hairina Halim, Qhaud Rashid and Firdaus Eli, singer Syamsul Idzham Yunus or Arm and actors Zaibo, Eyzendy Aziz, Diana Johor and Intan Khairani Jemain.

Siti Rohaya says while all our Prime Ministers are mentioned in the musical, only Dr Mahathir and Abdul Razak appear in character.

“Since some persons Dr Mahathir has encountered in his career are very much with us, we are not mentioning them in name, but we’ll use dances, music and metaphors to depict his experiences with them,” she says.

Siti Rohaya says she chose Zizan, Aaron and Esma as they exude charisma, speak well and “look the part of statesmen”.

“Jalaluddin, Erma, Erra and Umie were among the multi-talented household names I’ve always looked forward to working with,” she says.

Rosminah, who also wrote the script, says the cast will be rehearsing for two to three hours daily beginning July 16. The script-reading sessions began on June 9.

Rosminah says: “It’s not so much a story of Dr Mahathir’s political career, but his life journey, and the lessons young Malaysians can learn from his inspiring leadership.” The musical is divided into three parts — his childhood, university life and the struggle for independence, and his days as Prime Minister and elder statesman.

There will be 80 actors, 20 of whom will have dialogue.

Datuk Suhaimi Mohd Zain, or Pak Ngah, is its composer and music director while Anthony Meh is choreographer.

Pak Ngah has composed about 20 songs with a mix of traditional and contemporary music.

The RM2 million musical is supported by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s wife Datin Seri Rosmah Mansor and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Tickets will be priced RM30, RM50, RM80, RM100 and RM150. Time: 8.30pm. Sept 25 and Oct 2-3: 3pm. Call 03-4026 5558


All-star cast for musical on Dr M (12 June 2010)

2010/06/12
By Dennis Chua
news@nst.com.my

(From left) Aaron Aziz will play Tun Dr Mahathir Mohamad the aspiring politician; Zizan Nin, a young Dr Mahathir;
Esma Daniel, Dr Mahathir the elder statesman. Erra Fazira will play Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
(From left) Aaron Aziz will play Tun Dr Mahathir Mohamad the aspiring politician; Zizan Nin, a young Dr Mahathir; Esma Daniel, Dr Mahathir the elder statesman. Erra Fazira will play Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
KUALA LUMPUR: Popular actors Zizan Nin, Aaron Aziz and Esma Daniel are set to play the Father of Modern Malaysia in a biographical musical in September. The three, who are regulars on television series and movies, will play former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in Tun Mahathir The Musical at Istana Budaya from Sept 24 to Oct 4.

Zizan will play Dr Mahathir during his youth, while Aaron will play Dr Mahathir as an aspiring politician, and Esma will play Dr Mahathir as prime minister and elder statesman.

The musical's producer, Siti Rohaya Attan, and director Rosminah Tahir announced the main actors on Wednesday.
Top actress Erra Fazira plays Dr Mahathir's wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, Datuk Jalaluddin Hassan plays Dr Mahathir's father Datuk Mohamad Iskandar, Erma Fatima plays Dr Mahathir's mother Datin Wan Tempawan Wan Hanafi, Mazlan Tahir of Putra The Musical reprises his role as former prime minister Tun Abdul Razak Hussein, and Erma's sister, Datin Paduka Umie Aida plays veteran journalist Datuk Rosnah Majid.

Supporting the main cast are Malaysian Idol 2 second runner-up Farah Asyikin Zulkifli, Anak Wayang winner Hairi Safwan Aznan, Akademi Fantasia's Hairina Halim, Qhaud Rashid and Firdaus Eli, singer Syamsul Idzham Yunus or Arm and actors Zaibo, Eyzendy Aziz, Diana Johor and Intan Khairani Jemain.

Siti Rohaya said: "I chose Zizan, Aaron and Esma as they exude charisma, speak well and look the part of statesman."

She said it was not so much a story of Dr Mahathir's political career, but his life journey, and the lessons young Malaysians could learn from his leadership which has put Malaysia on the world map.

The musical is divided into three parts -- his childhood, university life and the struggle for Independence, and his days as prime minister and elder statesman.

Datuk Suhaimi Mohd Zain, or Pak Ngah, is the composer and music director while Anthony Meh is choreographer. Pak Ngah has composed about 20 songs.

The RM2 million musical is supported by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's wife, Datin Seri Rosmah Mansor, and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's wife, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Performances start at 8.30pm with matinee shows on Sundays. Tickets will be priced at RM30, RM50, RM80, RM100 and RM150. Call 03-4026 5558 for details.



 Berkongsi 'Rahsia' Tun Dr. Mahathir (2 June 2010)



























BARISAN tenaga produksi Muzikal Tun Mahathir bergambar kenangan bersama Dr. Mahathir Mohamad. Berdiri dari kiri Jamal Bab, Hamzah Tahir, Ismail Kassan, Pak Ngah, Mohamed Juhari, Siti Rohayah dan Sharlina Alias. Turut serta Rosminah Tahir (duduk, kanan).















SEMAKIN dekat tarikh pementasan Muzikal Tun Mahathir (MTM), debaran semakin dirasakan oleh kalangan mereka yang terlibat secara langsung dalam persembahan tersebut.
Selain mengenal pasti pelakon berwibawa, kemantapan dan fakta cerita yang akan disajikan mesti berdasarkan fakta benar.
Apatah lagi teater ini akan mencatat sejarah teater pertama di Malaysia yang mementaskan tokoh yang masih hidup.
Sebelum ini tokoh-tokoh yang ditampilkan dipentaskan sudah meninggal dunia seperti Dato' Onn, Tun Abdul Razak, Tun Sambathan, Tun Tan Cheng Lock dan Ibu Zain.
Kali ini Panggung Sari Istana Budaya menampilkan tokoh yang bukan sembarangan, tetapi mantan Perdana Menteri Malaysia keempat yang juga tokoh terbilang, negarawan yang disanjung seluruh negara dan dunia Islam, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Justeru, sebelum membuka tirai panggung pada 24 September hingga 4 Oktober depan, ‘delegasi' MTM membuat kunjungan hormat menemui negarawan terulung itu di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya, baru-baru ini.
Antara yang hadir pada pertemuan bersama Dr. Mahathir Mohamad tersebut ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Penerbit Eksekutif MTM, Siti Rohayah Attan dan Pengarah MTM, Rosminah Mohd Tahir.
Tidak ketinggalan penulis skrip naskhah berkenaan, Ismail Kassan, Pengarah Muzik MTM, Datuk Suhaimi Mohd. Zain @ Pak Ngah, Pengarah Multi Media, Jamal Bab, Sinografer, Hamzah Tahir dan Pengurus Produksi MTM, Sharlina Alias.
Kunjungan selama sejam itu bertujuan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana memberi izin kepada Istana Budaya, CTRA Production dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) kerana memberi keizinan untuk mementaskannya.
Di samping itu, peluang yang terbuka itu juga digunakan untuk ‘mencungkil’ beberapa rahsia Dr. Mahathir bagi memantapkan lagi jalan cerita teater muzikal tersebut.
Menurut Siti Rohayah, banyak perkara yang diberitahu Dr. Mahathir yang tidak diketahui ramai, malah tidak tertulis dalam mana-mana buku sebelum ini.
“Inilah perkara-perkara yang kami ingin tahu kerana jika bercerita tentang sumbangan Dr. Mahathir terhadap negara, semua orang telah mengetahuinya.
“Dalam pertemuan itu, kita mahu mencungkil sisi lain yang menarik tentang tokoh yang kita kagumi ini. Antaranya ialah perkara yang paling menakutkan hidupnya bukan saja sebagai manusia biasa tetapi juga sebagai Perdana Menteri,” kata Siti Rohayah berkongsi pengalaman bertemu Dr. Mahathir baru-baru ini.
Rombongan itu turut tertarik dengan kisah percintaan yang tercetus antara Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah ketika mereka sama-sama menuntut di Singapura hingga ke gerbang perkahwinan.
Antara insiden yang ‘didedahkan’ tokoh itu ialah taktik yang digunakan oleh Dr. Mahathir ketika mengurat Dr. Siti Hasmah.
Sudah pasti babak yang menarik akan ditampilkan dipentas ialah bagaimana kisah percintaan zaman itu berlaku dan saat-saat romantik itu menjadi sejarah yang tidak mungkin terkikis daripada kehidupan mereka.
“Meneliti zaman kanak-kanak dan remaja Dr. Mahathir juga sangat menarik. Kita mahu melihat bagaimana zaman itu mempengaruhi serta membentuk keperbadiannya menjadi pemimpin ulung.
“Sejak zaman kanak-kanak Dr. Mahathir suka kepada ilmu dan suka membaca apatah lagi didorong oleh Ibu bapa dan persekitarannya yang mahu bangsa Melayu itu berjaya,” tegas Siti Rohayah yang telah merancang menerbitkan teater ini sejak dua tahun lalu.
Mengakui tidak mungkin boleh bercerita keseluruhan hidup Dr. Mahathir dalam tempoh dua jam, sudah pasti persembahan itu memberikan ‘ringkasan’ hidup Dr. Mahathir yang mantap.
Justeru, ia akan diterjemahkan bukan saja dalam bentuk dialog tetapi juga melalui nyanyian dan tarian serta gerak yang mempunyai signifikannya yang tersendiri.
Bagi teater yang berbajet RM2 juta ini, sudah pasti gandingan mereka yang terkenal dalam bidang seni di negara ini diperlukan.
Di sinilah pengagum Dr. Mahathir dikumpulkn seperti Pak Ngah) yang bertindak sebagai Pengarah Muzik manakala isterinya, Datin Sharifah Mahani Syed Kasim dan Anthony Meh dari Dua Space bertindak sebagai Koreografer.
Bagi pendukung watak pula persetujuan telah diperolehi daripada beberapa pelakon yang telah disenaraikan seperti Aaron Aziz, Esma Daniel, Zizan Nin, Erra Fazira, Erma Fatima, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Mereka akan dibantu oleh lebih 100 pelakon lain termasuklah mereka yang telah menempah nama dalam bidang seni Diana Johor, Farah Asyikin, Zaibo, Eyzendy Aziz dan Mazlan Tahir.


Watak Tun Mahathir ditemui (2 June 2010)

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

TIGA aktor terkenal disebut-sebut memegang watak sebagai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam pementasan muzikal yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada September ini.
Mereka adalah Zizan Nin (Mahathir zaman remaja), Aaron Aziz (zaman dewasa) dan Esma Daniel (Perdana Menteri). Watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula kemungkinan besar akan dipegang pelakon jelita, Erra Fazira. Watak utama lain adalah wartawan veteran, Datuk Rosnah Majid yang sesuai dipegang Datin Paduka Umie Aida, ibu Dr Mahathir (Erma Fatima) dan ayahnya, Datuk Jalaluddin Hassan.
Pelakon penting lain yang turut disenaraikan dalam teater arahan Rosminah Tahir itu adalah Ako Mustapha dan Catriona Ross.
Penerbit teater Muzikal Tun Dr Mahathir (MTM), Siti Rohayah Attan, berkata, semua pelakon yang disenaraikan itu sudah memberi persetujuan mereka untuk beraksi dalam teater hebat itu.
"Semua watak disenaraikan masih dalam perbincangan dan belum lagi muktamad kerana semuanya bergantung pada sesi pembacaan skrip tidak lama lagi. Pihak kami akan memperkenalkan barisan pelakon yang muktamad secepat mungkin sebelum sesi latihan bermula Julai nanti.
"Apa yang penting, pelakon itu mestilah boleh menyanyi, menari di samping berlakon dan mengetahui sejarah watak yang dipegang.
"Ini adalah teater yang berbentuk biografi. Teater yang berdasarkan fakta perlu bergerak atas landasan sejarah sebagaimana yang dimahukan Dr Mahathir sendiri," katanya. Siti Rohayah berkata, pencarian bakat baru bagi memegang watak pembantu dan pelakon tambahan membuahkan hasil membanggakan baru-baru ini. "Seramai 90 daripada lebih 200 pelakon yang menghadiri uji bakat itu berjaya dalam sesi berkenaan. "Bukan sekadar berjaya mencungkil bakat baru, malah berjaya merealisasikan aspirasi 1Malaysia membabitkan tiga kaum utama di negara ini untuk sama-sama menghadiri uji bakat berkenaan," katanya.
Siti Rohayah berkata, dia terharu kerana uji bakat teater itu bukan saja dihadiri bakat baru tetapi juga artis yang sudah ada nama besar.
"Barisan artis yang berjaya dalam uji bakat saringan pertama dan kedua seterusnya terpilih untuk memegang watak pembantu ialah penyanyi Farah Asyikin, Diana Johor, Mama Rina, Eyzendy Aziz dan beberapa bekas pelajar Akademi Fantasia, One In A Million dan Anak Wayang.
"Melalui uji bakat itu, kami juga berpeluang melihat sendiri bakat terpendam dalam diri mereka. Menariknya, peserta India dan Cina membuat persiapan rapi. Mereka bukan saja boleh berlakon, malah mampu menari dan menyanyi dengan baik dalam bahasa Malaysia.
"Ia adalah perkembangan sihat dalam bidang seni dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk sama-sama muncul dalam persembahan yang bersifat penghargaan kepada legenda negara iaitu Dr Mahathir," katanya.
Katanya, pelakon yang dipilih berusia antara 9 hingga 58 tahun. "Pemilihan pelakon dilakukan saya sendiri, Rosminah, koreografer (Datin Sharifah Mahani Syed Kassim & Anthony Meh), Pengarah Muzik (Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Penulis Skrip (Ismail Kassan)," katanya.
Produksi membabitkan kos lebih RM2 juta itu mendapat sokongan daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung kehormat dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Muzikal Tun Dr Mahathir akan dipentaskan di Panggung Sari, IB, Kuala Lumpur bermula 24 September hingga 4 Oktober nanti. Ia terbitan bersama CTRA Production, IB dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM). Tiket bagi menyaksikan pementasan ini berharga antara RM30 hingga RM150. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai teater ini boleh melayari website www.muzikaltunmahathir.blogspot.com.

 

Muzikal Tun Mahathir Lelaki penakluk (27 May 2010)

 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Oleh FAIZAL SAHARUNI

DARI kiri: penulis skrip, Ismail Kassan, komposer muzik, Datuk Suhaimi Zain, pengarah teater Muzikal Tun Mahathir, Rosminah Tahir, Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari dan penerbit teater, Siti Rohayah Attan menunjukkan poster teater selepas sidang media di Istana Budaya baru-baru ini.



MENGANGKAT tokoh tersohor sebagai subjek utama lalu diolah menerusi pementasan teater bukan dianggap perkara mudah. Ditambah memaparkan biografi individu masih bernafas di muka bumi ini, ia dilihat menjadi tanggungjawab berat untuk direalisasikan.
Keputusan CTRA Production, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Istana Budaya memunculkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi Muzikal Tun Mahathir di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 24 September hingga 4 Oktober ini, nampaknya memberi cabaran terbesar buat mereka.
Umum mengetahui, di usia 85, suami kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali itu kekal sebagai sosok hebat yang tiada bergalang. Malah, keperibadian dan semangat juang beliau yang mengharum di seluruh dunia terus membasahi bibir umum termasuk masyarakat luar.
Maka, tidak hairanlah apabila penulis skrip pementasan mengisi tema patriotisme itu, Ismail Kassan dan Rosminah Mohd. Tahir sebagai sutradara menjalankan penyelidikan terperinci selepas mendapat lampu hijau daripada Dr. Mahathir berhubung pementasan itu.
"Kelainan utama Muzikal Tun Mahathir disebabkan tokohnya masih hidup. Berbeza dengan teater lain, penghargaan diberi kepada individu-indvidu sudah meninggal dunia seperti Tuanku Abdul Rahman, Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman dan Tun Dr. Ismail.
"Tidak ketinggalan, teater Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan juga pernah dipentaskan untuk mengingat kembali kesukaran mereka berjuang membangunkan negara selama ini kepada masyarakat terutama generasi baru.
"Oleh itu, Ismail dan saya kena pastikan kajian dibuat dengan tepat agar tiada sebarang atmosfera yang boleh mengundang sensitiviti atau menyinggung emosi Dr. Mahathir, seluruh keluarga dan teman-teman akrab beliau. Aspek ini dititikberat oleh seluruh tenaga produksi Muzikal Tun Mahathir.
"Terus-terang, kami mengurangkan kisah tentang kejayaan yang telah beliau capai baik di dalam mahupun luar negara selama lebih dua dekad menjalankan amanah sebagai pemimpin negara. Muzikal Tun Mahathir sebaliknya lebih tertumpu kepada manusia bernama Mahathir bermula zaman kanak-kanak, remaja hingga meningkat dewasa.
"Kelainan ini diharap dapat mendekatkan para pemuja Dr. Mahathir untuk mengenali insan ini dengan lebih dekat lagi melalui fakta benar," jelas Rosminah ketika ditemui pada sidang media teater muzikal berkenaan di Istana Budaya, ibu negara baru-baru ini.
Ismail pula memberitahu, dia sukar mendapat informasi tentang kehidupan Dr. Mahathir semasa kecil dan remaja disebabkan ada orang-orang di sekeliling beliau sudah pergi mengadap Ilahi. Sedikit sebanyak, ia menyukarkan sedikit proses mengenali tokoh itu dengan lebih dekat.
"Boleh dikatakan, Muzikal Tun Mahathir adalah skrip paling susah untuk saya sudahkan. Tetapi, saya sungguh bangga kerana dapat melibatkan diri dengan projek istimewa ini," jawabnya ringkas yang cukup mengagumi Dr. Mahathir sehingga dia meletakkan foto bekas Perdana Menteri keempat Malaysia itu dalam dompetnya yang dibawa setiap masa.





















SUHAIMI MOHD. ZAIN



Bajet RM2 juta
Sejak memerintah negara selama 22 tahun lalu bermula 1981 hingga 2003, beliau tidak dinafikan diterjemah sebagai lelaki penakluk yang berjaya membangunkan negara dan memasyhurkan kredibiliti Malaysia pada tahap lebih tinggi. Tanpa diragui, beliau ialah wira dalam dunia serba moden ini.
Justeru, mencari pelakon benar-benar layak dengan karakter Dr. Mahathir menjadi masalah besar rumah penerbitan itu. Tidak boleh sembarangan, selain boleh berlakon, menyanyi dan menari, individu tersebut perlu fasih berbahasa Inggeris, Melayu serta bertutur dalam loghat Kedah.
Jelas penerbit Muzikal Tun Mahathir, Siti Rohayah Attan, pihaknya sudah ada senarai pelakon yang bakal memegang karakter Dr. Mahathir menerusi pementasan teater itu tidak lama lagi.
"Biarpun dalam fikiran sudah ternampak wajah yang bakal menjadi Dr. Mahathir, saya bagaimanapun tetap menjalankan uji bakat bagi mencari calon yang lebih layak dan bersesuaian dengan watak tersebut. Bahkan, saya gembira apabila ramai aktor menawarkan diri ingin terlibat dengan teater ini.
"Sejujurnya, tidak mudah menerajui karakter Dr. Mahathir. Kami mahukan pelakon yang punya wajah serius dan nakal dalam jiwa bijaksana. Teater ini tidak boleh dilakukan dalam keadaan sambil lewa kerana ia berkisar manusia cukup saya sanjungi selama ini.
"Paling pasti, saya terbitkan Muzikal Tun Mahathir atas penglahiran cinta terhadap beliau," ungkapnya yang masih menyimpan surat balasan kebenaran pembikinan pementasan teater muzikal berkenaan daripada Dr. Mahathir bertarikh 1 Disember lalu.
Teater dengan bajet RM2 juta itu bakal melibatkan seramai 80 orang pelakon secara keseluruhan manakala 20 hingga 30 buah lagu bakal melatari perjalanan teater ini. Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah pula mengetuai amanah sebagai pengarah muzik bagi menghasilkan penyatuan bunyi-bunyian dalam Muzikal Tun Mahathir.
Masih belum diketahui, sama ada uji bakat dijalankan pada 24 dan 25 April lalu di Istana Budaya menemui kesudahannya atau tidak. Untuk mengetahui gerangan yang bakal menunjangi karakter itu, jangan lupa menyaksikan Muzikal Tun Mahathir dipentaskan tidak lama lagi.
Tiket Muzikal Tun Mahathir boleh dibeli dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 menerusi www.ticket2u.biz atau menghubungi Istana Budaya di talian 03-4026 5558.